Saturday 13 July 2013

Cara Masak Penyediaan Kolagen



BAHAN-BAHAN:

1 Pek 100gm rumpai laut kering

2.5 liter air mineral


CARA PENYEDIAAN:

1. Satu pek 100gm kolagen mentah perlu dibasuh 5-6 kali (seperti mencuci beras) sebelum direndam semalaman atau 8 jam. Sebaik-baiknya di basuh dengan asam keping untuk menghilangkan bau hanyir.


2. Selepas rendaman, basuh lagi beberapa kali untuk menghilangkan sisa masin air laut atau kotoran melekat lalu ditoskan.

3. Kemudian direbus selepas dididihkan air terlebih dahulu iaitu 2-2.5 liter mengikut sifat agar-agar yang anda inginkan selama 15-20 minit. 

4. Sejukkan ia dalam beberapa bekas dan simpan di dalam peti sejuk (bukan diruang sejuk beku).


5. Rupa kolagen asli bila sejuk seperti jeli/agar2. Ambil  sesudu setiap hidangan pada masa pengambilan yang disarankan dibawah ini:



CARA PENGAMBILAN:

- Ambil 1 sudu besar kolagen yang disimpan selepas di masak semasa bangun tidur (sebelum gosok gigi) atau setengah jam sebelum sarapan (waktu terbaik kolagen diserap tubuh ketika perut kosong) dan sebelum masuk tidur (malam).

- Boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam jus minuman/buah untuk memberikan perisa yang enak/lazat.

- Elakkan pengambilan kopi, teh dan minuman yang berkafein/berkarbonat dalam tempoh 3 jam selepas pengambilan. Ini kerana ia boleh menyerap vitamin C, kolagen dan glutathione (agen pencerah) dalam badan kita.

-Perlu perbanyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 2.5-3 liter sehari) bagi melancarkan pembuangan toksin dan mengoptimumkan penyerapan kolagen oleh badan.

- Untuk kesan lebih cepat dan bagus, boleh diambil bersama tablet Vitamin C.


KESAN PENGAMBILAN KOLAGEN ASLI:

-Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
-Memejalkan payudara, otot dan punggung
-Menyihatkan rambut dan kuku
-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
-Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
-Mengurangi selulit
-Memberi tenaga
-Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit gout
-Mencegah kanser/tumor
-Menurunkan tekanan darah tinggi
-Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
-Anti bakteria/kulat
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
-Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
-Menberikan rasa kekenyangan (diet)
-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)


Pengambilan kolagen mentah ini secara teratur dan berterusan memberi impak yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut dan cerah. Pori2 kulit wajah mengecil dan tampak segar bermaya. Kolagen ini juga boleh dibuat masker. Bagi ibu hamil, pengambilan kolagen membuatkan kulit bayi yang dilahirkan cantik, sihat dan cerah.